my favorite sendu song all the time (and why)
09:48some people said, kalau tengah broken jangan layan lagu sendu. nanti luka dalam hati tu lagi parah. orang kata la. however, sometimes aku rasa layan lagu sendu ni satu keperluan bagi aku. lepas dah settle layan kesenduan sorang-sorang sambil dengar lagu sendu yang most-relatable, then comes satu rasa puas dalam diri sendiri. macam selama ni asyik terbuku dalam hati je, now you can let them go. kau lepaskan semua yang kau pendam selama ni, through a song.
some people choose to not share semua problems dia kat orang lain. bagi dia, orang yang menyanyikan lagu sendu ni lagi faham apa yang dia rasa waktu tu. so he/she will keep playing the song time dia rasa sendu sebab bagi dia lagu tu je yang faham perasaan dia.
*pentingnya memahami maksud lagu
mostly lirik lagu broken yang ditulis pun kebanyakannya wujud daripada pengalaman penulis tu sendiri. fun fact, bila kita tengah broken, otak akan automatik jadi kreatif mengarang ayat-ayat puitis. hareyy betul. time cikgu kat sekolah suruh karang puisi jenuh 40 hari 40 malam fikir idea cari ilham semata nak pastikan puisi yang dikarang menjadi puisi yang paling menyentuh hati dalam kelas.
so, what is my favorite sendu song all the time?
i would say, Aishiteru by Zivilia.
eleh tahu dah cliche. lagu lama pulak tu. but this song has never fail to spoil me tsk tsk. aku start layan lagu ni masa darjah 6, lepas upsr. kemain kau maisarah ehhh darjah 6 dah layan lagu broken sendu. kau sedih nak tinggalkan boyfriend sebab dah masuk asrama ke hape.
huhuhu.
taklah, that time my 'boyfriend' yang tinggalkan aku.
2 weeks before result upsr keluar, my dad outstation kat germany seminggu. dia ada job training kat sana. that trip was the longest ever yang dia pernah tinggalkan kitorang. biasa dia outstation sebelum tu paling lama 4 hari je. but that time dia pergi seminggu, JAUH pulak tu.
so kepulangan dia tu menjadi satu penantian besar bagi kami semua. my mom, my sisters, hari-hari tak sabar nak tunggu dia balik malaysia. but, masa hari dia sampai malaysia tu, he already 'dead'. he used to be cheerful all the time, jarang sakit, selalu bising, riuh sana-sini.
kitorang jumpa dia kat airport masa dia baru sampai malaysia tu, muka dia dah pucat teruk. i remember that time i even asked myself,
"eh, betul ke tu ayah? macam lain je muka."
ayah kata dia start demam masa last day kat germany. ibu pernah cerita, masa tahun 2011 tu, germany ada wabak virus apebende ntah & doctor cakap ayah kena virus tu masa seminggu dia kat sana. so long short story, dia sampai malaysia hari isnin masa tu, dalam keadaan yang lemah and pucat. sampai malaysia terus kena warded.
dah lah seminggu tunggu ayah balik malaysia, lepas tu kena tunggu lagi how-many-days yang i-don't-even-know untuk dia discharge dari ward. that was the time i learned that,
''penantian tu satu penyeksaan"
but apparently, dia cuma bertahan kat malaysia cuma 5 hari. hari jumaat tu, he is totally dead. maybe Tuhan bagi dia extra 5 hari just untuk jumpa anak-anak & spend time dengan wife dia for the very last time. me and my sisters kat rumah, yang total almost 2 weeks tunggu dia yang 'sihat' untuk balik rumah, end up diorang bawak balik mayat and tiba-tiba aku kena cium dahi mayat tu sebab diorang cakap tu ayah aku. smh.
baru nak dengar dia story pasal experience dia kat sana :')
even lepas dah settle kebumi dia pun, aku still tunggu dia balik. balik dari mana ntah aku pun tak tahu. sebab aku rasa yang balik malaysia hari isnin haritu adalah 'orang lain', bukan ayah. aku rasa macam dia masih ada kat sana (germany) lagi, or somewhere else. sebab tu aku still tunggu dia 'balik'. haih susah betul budak darjah 6 ni nak move on.
sooooooo, macam mana lagu ni boleh jadi related dengan this most-worst-heartbroken event yang pernah jadi dalam life aku?
lepas result upsr keluar, kakak saudara aku bagi aku hadiah phone blackberry (masa tu paling hottt henfon blackberry kan) sebab aku dapat straight A's. then aku createlah playlist sendiri dalam phone tu. masa tu pun lagu aishiteru ni memang tengah hit teruk. aku pun masukkan sekali lagu tu dalam playlist.
bila banyak kali aku dok ulang-ulang lagu aishiteru ni, siap study lirik dia kat internet, aku sedar yang lagu ni sangat related dengan apa yang baru jadi waktu tu. dalam lirik lagu ni, perkataan paling first dia pun dah spoil mood aku sebab masa tu aku still tunggu dia 'balik'.
35 comments
reading this while crying 😢😢
ReplyDeletesemoga roh bapa sarah diletakkan bersama roh org2 yg beriman n bertaqwa kpd Allah. Aamiin...
ReplyDeleteamiiin terima kasih untuk doanya cikgu :)
DeleteSamalah lagu kegemaran kita, selain Aishiteru sis suka lagu Kehilangan dari Firman..
ReplyDeleteLagu yang mengusik perasaan..
meskipun tak tahu sekali dengan lagu ini, cuma saya coba untuk paham
ReplyDeleteThe song is meaningful and sad. Hope you able to move on and have a better life now. You can do it !!!
ReplyDeletethank you mommy jane <3
DeleteAl fatihah buat ayah Sarah. You are strong, girl. I think we have that one song yang bila dengar mesti teringat something 😊
ReplyDeleteMoga roh Ayah awak dicucuri rahmat ..setenang penulis nya..
ReplyDeleteI'm sorry to hear about your loss even though it has been 8 years right? But the pain still remain somehow when we listened to certain songs. Same goes with my late mother.
ReplyDeleteApa saja lagu and artis yang dia minat tiba2 play dekat spotify, I would cry and tiba2 jadi murung.
So all my siblings ada personal playlist that reminds us to her.
Semoga arwah ayah awak ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman.
thank you kak tqa :) al-fatihah to your mother too <3
DeleteAlfatihah. Semoga ayah dicucuri rahmat. Saya juga suka dengan layu Aishiteru ni. Terima kasih sbb sudi berkongsi dengan pembaca ya.
ReplyDeleteWalaupun benda tu dah lama. Still segar dalam ingatan kita kan. Banyakkan bersabar ya dik
ReplyDeleteSemoga arwah ayah sarah ditempatkan pada golongan yang beriman. Aamiin.
Entri sarah sempoi. Tapi padu dgn perasaan. Tq for sharing.
ReplyDeleteMoga arwah ayah sarah d kalangan org2 yg beriman.
Stay strong.
Oh my so sorry to hear about your dad yea..moga sentiasa dikuatkan hati for you and your family.
ReplyDeletedeepest condolence dear. Memang tak senang untuk lupakan pekara yang sedih. Tapi tabah ya. Hanya masa dapat redakansegalanya
ReplyDeleteSemoga Allah beri kesabaran kepada anda saudari. Sebagai anak, banyak2 berdoa dan bersedekah di atas niat nama arwah ayah. Semoga pahala akan terus meengalir. Percayalah . Ujian ini kasih sayang daripada Allah. Nak tenang lagi banyaklah berselawat kepada Nabi Muhammad. Insha ALLAH.
ReplyDeleteBersabar dan terus bertabah adik kerana perjalanan adik masih jauh lagi dan mesti Arwah Ayah nak tengok adik berjaya dan bukan sentiasa bersedih. Apa pun cerita ini sedikit sebanyak menyentuh hati saya juga cuma tak dengar lagu tu jer saya dengar lagu lain...
ReplyDeleteFeel you girl... Stay strong ya!
ReplyDeleteLuahkan luahkan apa yamg di rasa, moga ringan bebenannya. Bebila teringat sedekahkan doa untuk arwah ayahnya
Al-Fatehah, Semoga arwah ayah Sarah ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman. Aamiin
Sedih dengar cerita sarah. Semoga roh arwah ayah ditempatkan bersama org2 beriman.
ReplyDeleteStay strong ya. Semoga Allah tempatkan roh arwah di kalangan orang orang yang bertakwa. InsyaAllah.
ReplyDeleteTeruskan berdoa kepada yang Maha Pencipta semoga yang pergi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Banyak2kan sedekah al-fatihah kerana ianya sampai kepada yang telah pergi. Kuatkan diri, kerana bila kita kuat, kita akan mampu menunaikan hak sebagai seorang anak untuk terus membuat kebaikkan dan sedekahkan pahala amal jariah tersebut kepada kedua orang tua yang telah pergi.
ReplyDeletealfatihah untuk arwah ayah sarah. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang beriman dan dikasihi. keep strong sarah.
ReplyDeleteStay strong ye wak..dia tunggu awak dekat atas sana..Semoga rohnya dikalangan ornag yang beriman..awak kene doa banyak-banyak..
ReplyDeletesedihnya baca T^T
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah ayah :)
i really miss my late dad too :')
Keep moving forward and never look back. إن شاء الله Allah is always the best planner. Trust in Him. Be strong, girl.
ReplyDeletealfatihah. stay strong awak :') smoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. allah bagi ujian sebab allah tahu awk kuat :')
ReplyDeletewah lagu lama ni, memang sangat lejen ^_^
ReplyDeleteStay strong.. There will be better days ahead of us... gambateh!
ReplyDeleteSetiap lagu ada story disebalik kan. Pilihan lagu sangatlah bergantung pda emosi kita pada masa tu. Kalau tgh sedih, rasa mcm lagu2 sedih tu sangt faham prasaan kita
ReplyDeleteallahuakbar.. menanti kepulangan insan tersayang memang sgt menyakitkan. semoga arwah bapa sarah tenang di sana aminnn
ReplyDeleteTakziah Sarah..
ReplyDelete😭😭😭 Faham sangat perasaan tu.. Sha doakan semoga Sarah kuat..
Moga arwah ayah sarah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Alfatihah.
ReplyDeleteAl fatihah. Sedihnya.. stay strong ya 💞
ReplyDeletetakziah atas kehilangan
ReplyDelete